Pages

Thursday, October 16, 2008

lesson no15: seems to care a bit babe...?

+
+

+ i received this email from a very good frenz of mine. juz take a look at it and perhaps ur heart will guide u for the rest...

+
+
+

+ after all, we're still in the middle of Syawal rite? the moment of sharing and forgiveness do still lingers between our life and people whom we care and luv...

+

+

+

+ let us spread our love and peace to the world! too much pain and suffer lar babe... sick n tired of reading @ listening to it...

+

+

+
Assalamualaikum,
+

+
Aidiladha yang akan datang saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang peserta untuk menyertai pasukan Yayasan Salam Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan kerja sukarela, untuk menyertai program ibadah korban di Kemboja.
+

+
Untuk makluman, program yang sama telah dijalankan pada tahun 2007 bertempat di Kampung Chheu Tiel Ploch, Tropeangbeang dan Tanakswai, Daerah Praksaman, Wilayah Kratie,Kemboja. Di dalam program tersebut, sebanyak 16 ekor lembu telah dikorbankan. Walaupun begitu dengan jumlah penduduk melebihi 3000 orang, pembahagian daging korban untuk setiap keluarga terlalu sedikit.
+

+
Oleh itu pada tahun ini bagi pihak Yayasan, saya berbesar hati untuk menjemput anda menyertainya dengan memperuntukkan sebanyak RM200 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus ) bagi setiap bahagian korban atau RM1400 ( Ringgit Malaysia Satu Ribu Empat Ratus ) bagi setiap ekor lembu yang ingin dikorbankan. Dengan penyertaan ini sudah pasti ia memeriahkan sambutan Aidiladha di sana seterusnya memberi kegembiraan kepada kelompok miskin Melayu Champa ini.
+

+
Untuk pengetahuan semua, pihak yayasan juga boleh mengeluarkan Resit Pelepasan Cukai bagi setiap penyertaan di dalam Program Ibadan Korban ini.
+

+
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat, bersama ini disertakan Borang Ibadah Korban 2008 untuk diisi dan dikembalikan kepada saya sendiri sebagai wakil atau terus kepada Sektretariat Program Ibadah Korban 2008 Yayasan Salam Malaysia.
+

+
Bersama ini disertakan Borang Korban 2008 dan Risalah Korban Kemboja. Budi dan jasa baik pihak anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.
+

+
"Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati".
+

+
* Kesudian anda untuk memanjangkan email ini adalah amat dialu-alukan
+

+

+
ZULFIRDAUS ABU HASSAN
Yayasan Salam Malaysia
0122920484
0133303968
zoolfirdaus@yahoo.com

+

No comments: