Pages

Thursday, July 17, 2008

lesson no04: siapa aku untuk kamu...

Pakcik Luar Otak said...

Ini adalah komen kelima. Sila update.

July 10, 2008 6:15 PM


+ jadi hanya berdasarkan komen, arahan dan perintah dpd pakcik luar otak yang menyuruh aku mengupdatekan gula gula getah ini, aku persembahkan kepada kamu post aku yang kedua... jeng jeng jeng...


+ kamu keluarkan sekeping kad keras berwarna biru dpd dompet kamu itu. lihat rupa paras kamu yg diambil semasa kamu berusia belasan tahun. tapi take note, bukan itu yg aku mahu katakan kepada kamu di sini.


+ kamu sedang pegang kad itu bukan? kamu tentu tahu kegunaan rasmi kad keras berwarna biru itu. bermacam-macam seperti yang pernah diwarwarkan dahulu kala. aku pun angkat kagum dengan kedrebilitian kad berwarna biru itu. tapi itu hanya omongan kosong sahaja pada masa kini bukan. katakan kepada aku berapa kali kamu keluarkan kad itu dalam masa setahun untuk digunakan. satu lagik sampah masyarakat. hampeh. tapi take note, bukan itu juga yg aku mahu katakan kepada kamu di sini.


+ kamu lihat rupa paras kamu sekali lagik. comel bukan. bukan itu juga. lihat perkataan di bwh rupa comel kamu itu. WARGANEGARA. ya, itu yg akan aku katakan kpd kamu di sini. kamu seorang WARGANEGARA?


+ mari kita lihat apa ciri ciri kamu yang boleh dikategorikan sebagai seorang WARGANEGARA ? layakkah kamu...


+ jika kamu seorg warganegara, kamu mesti buat benda ini...


+ kamu tentu tahu pasal rebate minyak yang warganegara ini selalu katakan. bohong aku dan katakan kamu tidak tahu. aku yakin jika kamu seorg warganegara yang sejati, akan kamu tunggu pada hari pertama di saat dan ketikanya. tidak aku nafikan memang itu hak kamu. jika saat seperti ini. aku tahu kamu tentu mahu menjadi yang nombor satu. kamu sanggup bukan? itu aku tak peduli. kaki kamu + tubuh badan kamu + keringat kamu yang punya. itu aku tiada komen...


+ tapi kenapa pada waktu dan ketikanya kamu perlu membayar saman kereta yang kamu pandu, seboleh bolehnya kamulah yang akan menjadi yang terakhir. tggu sehingga tarikh terakhir diskaun saman itu diberi. tapi kamu sanggup beratur panjang. kamu sanggup bukan? itu aku tak peduli juga. kaki kamu + tubuh badan kamu + keringat kamu yang punya. itu juga aku tiada komen...


+ peristiwa ini berlaku pada malam 4 Jun yg lepas. kalau kamu seorg warganegara yang sejati. akan kamu tggu walaupun berkilometer jauhnya hanya sekadar untuk mengisi minyak berharga RM1.90 itu buat kali terakhir. angkat kaki kamu jika apa yg aku katakan ini benar. jangan marah aku. ini fakta. bukan auta...


+ jika kamu seorg warganegara yang sejati, sila bangun dan sama sama nyanyikan lagu ini:

"negaraku..... tanah tumpahnya darahku..."

+ sila sambung sendiri lagu itu.... aku yakin kamu tahu itu...


+ jadi, tepuk kepala otak kamu dan tanyakan pada akal kamu. adakah kamu seorg warganegara yang sejati? apa yang kamu sudah buat untuk negara kamu? aku hanyalah mengingatkan + menyampaikan dan memberitahu. tepulang kamu untuk tentukannya...


+ siapa aku untuk tentukan hala tuju arah kehidupan kamu...


+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +


+ hidup ini indah jika kita bisa punya teman untuk berkongsi...


+ aku pinjam ini dpd obe:

"The beauty of life does not depend on how happy you are,
but on how happy others can be because of you..."


+ resolusinya telah dicapai


+ konklusinya hanyalah di sini....

No comments: